Pages

Thursday, March 20, 2014

Tips Untuk Kembali Langsing


18 Info Kembali Langsing

1. Kawal jumlah kalori
Sebaik-baiknya, cuba kawal atau hadkan jumlah kalori yang diambil setiap hari agar usaha menurunkan berat badan menampakkan hasilnya. Elakkan makanan manis dan berlemak.

2. Ambil banyak kalori rendah
Langkah awal yang boleh anda lakukan ialah dengan mengambil lebih banyak produk berkalori rendah. Biasanya jenis makanan ini dihasilkan daripada bahan-bahan pengganti yang berkalori rendah sehingga jumlah kalorinya menjadi terbatas.

3. Jangan berlebihan
Amalan memakan produk berlabel rendah kalori tidak bererti anda bebas menikmatinya sesuka hati. Ini kerana jika sudah terlebih mengambilnya, jumlah keseluruhan kalori yang anda ambil adalah sama seperti anda memakan kalori dalam kuantiti yang banyak.


4. Madu = gula
Gula ataupun madu? Kedua-duanya sama sahaja. Tahap kemanisan dan kalori yang terkandung dalam kedua-dua bahan ini tidak banyak berbeza. Jadi, elakkan diri daripada menggunakan madu terlalu banyak hanya kerana anda ingin mendapatkan rasa yang manis seperti gula.

5. Bijak Pilih Buah
Kebanyakan buah yang mengandungi karbohidrat yang tinggi mempunyai jumlah kalori yang tinggi juga. Jadi, sebagai pilihan yang selamat, adalah lebih baik jika anda memakan buah-buahan tempatan seperti betik, limau ataupun tembikai yang telah terbukti mempunyai kandungan kalori yang rendah.

6. Kurangkan makan
Mulai daripada saat ini, cubalah untuk mengurangkan jumlah makanan yang hendak diambil. Jadi, aturlah menu seharian dan jangan lupa disertai dengan aktiviti senaman. Gabungan kedua-duanya pasti membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat.

7. Beri lebih tumpuan
Anda juga perlu lebih memberikan lebih fokus terhadap usaha anda untuk mencipta sesuatu yang baru (berusaha untuk langsing) dalam rutin harian yang bakal anda tempuh selepas ini.

8. Nasi = mi = karbohidrat tinggi
Biasanya jika menyentuh tentang diet, kebanyakan orang menyatakan bahawa mereka cuba mengelakkan diri daripada menjamah nasi tetapi menggantikan menu ini dengan mi, kentang, pasta ataupun makanan-makanan lain yang sama jumlah kalorinya dengan nasi. Perlu diketahui, bahawa kesan yang bakal anda rasai daripada pengambilan makanan berkarbohidrat sebegini adalah sama seperti anda mengambil nasi.

9. Kuasa air putih
Air putih punya kelebihannya yang tersendiri. Justeru, anda perlu membiasakan diri untuk meminum air putih sebelum makan atau mengunyah sesuatu. Dengan cara sebegini, anda akan lekas kenyang dan dapat mengurangkan jumlah makanan yang hendak dimakan. Sebaik-baiknya minum air putih 20 minit sebelum waktu makan.

10. Simpan makanan segar
Daripada menyimpan stok bahan makanan yang perlu dimasak terlebih dahulu (makanan dalam tin), adalah lebih bagus jika anda menyimpan makanan yang segar. Makanan segar lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

11. Motivasikan diri
Sebagai motivasi diri, apa kata anda cuba cadangan ini. Gantung baju idaman anda yang saiznya lebih kecil daripada saiz baju yang anda pakai sekarang. Lihatlah baju tersebut setiap hari dan tanam azam dalam diri untuk membolehkan anda memakainya suatu hari nanti apabila telah kembali langsing.

12. Tidur mencukupi
Para penyelidik dari University of Chicago mendapati bahawa tidur yang mencukupi dapat mempercepatkan pembakaran metabolisme pada tubuh setiap wanita sehingga 40 peratus.

13. Sarapan jangan diabaikan
Wanita yang berdiet sering mengabaikan sarapan. Jangan begitu! Dengan mengambil sarapan yang berkhasiat setiap hari, ia secara tidak langsung dapat membantu anda mengurangkan jumlah makanan yang perlu diambil di waktu makan tengah hari. Jadi, anda dapat mengurangkan jumlah makanan yang bakal diambil.

14. Buang tabiat buruk
Untuk memastikan anda berjaya melangsingkan tubuh, anda perlu menyingkirkan tabiat buruk yang satu ini. Kebanyakan orang suka makan di tempat tidur, makan sambil menonton televisyen ataupun membaca. Jadi, elakkan daripada berterusan melakukan tabiat sebegini.

15. Minum teh hijau
Hasil kajian oleh University of Switzerland berjaya membuktikan bahawa kekerapan meminum teh hijau mampu membantu anda membakar kalori dalam tubuh dengan lebih cepat dan efektif.

16. Naik tangga, turun tangga
Sekiranya anda malas ataupun tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan senaman, cara mudah yang boleh anda amalkan ialah dengan melakukan aktiviti naik tangga, turun tangga. Dengan beberapa langkah menaiki dan menuruni anak tangga, anda akan peroleh kesannya dalam masa yang singkat kerana ia sama seperti anda berjoging. Namun, awas! Jangan sesekali melakukan aktiviti ini dengan memakai kasut yang bertumit tinggi bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diingini.

17. Amalkan regangan
Kerajinan anda melakukan senaman regangan juga boleh membantu anda mencapai impian. Melakukan regangan sebelum tidur akan membantu tubuh melentur. Dengan itu, anda dapat melakukan apa sahaja jenis senaman yang bersesuaian. Tambah menarik jika anda sememangnya mempunyai asas yoga. Ia tentu lebih berkesan!

18. Berlari secara tenang
Kaedah berlari yang baik adalah larian yang dilakukan tanpa mementingkan tahap kelajuan larian. Ia seharusnya dilakukan dalam keadaan yang tenang, bersahaja dan jika diizinkan anda boleh berlari sambil berbual-bual dengan teman yang turut sama berlari dengan anda pada ketika itu.

Vitamin E :: Peranan dan Kesan Kekurangannya


Vitamin E ::


Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Tahukah anda, masalah kekurangan Vitamin E jarang berlaku pada manusia.



Tetapi dlm beberapa keadaan, masih ada yang kekurangan Vitamin E didalam badannya. Jika anda mahu check anda termasuk dalam golongan kekurangan Vitamin E atau bukan, sila kenalpasti melalui checklist ini :

:: Badan mudah lebam?
:: Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya?
:: Luka yang lama untuk sembuh?
:: Kurang gairah seks?
:: Hilangnya kekuatan otot?

Dan tahukah anda bahawa kekurangan Vitamin E boleh menyebabkan :

::Kemandulan
::Keabnormalan jantung
::Anemia

Sebiji kapsul Vitamin E Shaklee mengandungi 400IU Vitamin E yang cukup untuk membekalkan keperluan vitamin E harian anda.
Satu kapsul gel lembut membekalkan:

    400 IU vitamin E dari sumber semulajadi.
    10 mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Norhana Sahidin
♥ sms/whatsApp:  012 - 2738568
♥ Fb: www.facebook.com/Shaklee sila klik LIKE utk info terkini

Kebaikan Vitamin E Semulajadi Kepada Ibu Menyusu


Kebaikan Vitamin E


Bagi mereka yang ‘celik suplemen’, vitamin E adalah salah satu vitamin penting yang diberi macam2 nama.. Vitamin Cintalah, dan yang nyata vitamin E ni adalah antioksidan yang baik.
Vitamin E ni banyak sangat kebaikan dia. Tapi saya nak cerita tentang kebaikan vitamin E kepada ibu yang menyusukan anak.

Ibu yang menyusukan anak memerlukan Vitamin E lebih dari orang biasa, malah lebih dari ibu hamil. Kenapa ibu menyusu memerlukan vita-E:


Mengelakkan anemia pada bayi
Menurut Jan Riordan, penulis buku “Breastfeeding and Human Lactation”, vitamin E diperlukan untuk mengelakkan anemia di kalangan bayi. Laporam Kids’ Health pula menyatakan, ibu yang kekurangan pengambilan vitamin E menyebabkan bayi yang disusuikan kurang bekalan vitamin E.
Anemia bermakna kekurangan oksigen yang dibawa oleh darah akibat kekurangan sel darah merah. Ia amat bahaya kepada bayi yang sedang dalam proses membesar.

Menjaga kesihatan otot untuk menurunkan berat badan lepas bersalin
Lumrah ibu yang baru lepas bersalin ingin mendapatkan berat asal. Namun, kekurangan vitamin E mungkin boleh mengganggu kerana menurut Eileen Behan, dalam bukunya “Eat Well, Lose Weight While Breastfeeding”, ibu yang ingin turun berat badan memerlukan vitamin E untuk pembentukan otot yang sihat. Otot yang sihat dapat membakar lemak dengan lebih efektif.

Vitamin E sebagai ‘first aid’
Vitamin E harus selalu ada dalam stok ibu menyusu sebagai ‘first aid’ bila mengalami bengkak susu. Ini kerana vitamin E membantu mengurangkan bengkak dan inflamasi.
Persoalannya, apakah vitamin E yang sesuai dengan ibu menyusu?

UNTUK PENGAMBILAN VITAMIN E HARIAN
Untuk bekalan vitamin E harian ibu menyusu, GLA complex lebih sesuai kerana kandungan vitamin E-nya rendah – 15IU dalam satu kapsul.

UNTUK FIRST AID
Vita-E Complex sesuai untuk first aid sewaktu bengkak susu dan nipple luka. Pastikan ia sentiasa ada dalam stok!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Norhana Sahidin
♥ sms/whatsApp:  012 - 2738568
♥ Fb: www.facebook.com/Shaklee sila klik LIKE utk info terkini

Tuesday, March 18, 2014

Kebaikan dan Testimoni Vitamin C


Kebaikan Vitamin C


Umum tahu kebaikan vitamin C, dan di sini saya ingin berkongsi banyak lagi kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita.
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Vitamin C Shaklee, adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.
Dapatkan vitamin C Shaklee dengan harga istimewa. Hubungi saya!
Berikut adalah testimoni vitamin C Shaklee dr Puan Asliya Abdul Rahman,










Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Norhana Sahidin
♥ sms/whatsApp:  012 - 2738568
♥ Fb: www.facebook.com/Shaklee sila klik LIKE utk info terkini

Sunday, March 16, 2014

Set Kesuburan Shaklee


Cahaya mata penyeri keluarga

Memang org cakap, rezeki masing-masing, tapi pujian harus diberikan kepada mereka yg tak jemu berusaha disamping berdoa kepada  Allah yang Maha Esa untuk dikurniakan zuriat pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Antara yang boleh dilakukan adalah melalui pemakanan.




kehadiran cahaya mata menyerikan lagi rumahtangga.

Banyak usaha dilakukan untuk mendapatkan cahaya mata. Salah satunya adalah melalui makanan tambahan(supplement).  Saya tidak lah pandai untuk mengulas lebih lanjut tentang ini. Kerana saya bukan pakar. Boleh rujuk di blog pakar sakit puan, Dr. Hamid Arshat. 

Ingin saya kongsi disini. Apakah vitamin yang sesuai untuk masalah kesuburan. Boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mereka yang memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata atau pun yang masih tercari-cari apa vitamin yang sesuai .
sebagai panduan anda, berikut adalah vitamin/ suplemen/ pemakanan tambahan yang baik untuk kesuburan suami isteri.

Apakah vitamin kesuburan ini, dan bagaimanakah fungsinya kepada sistem reproduksi kita?

Vitamin Asas (Family Wellness Set)

ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

4. B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Vitamin Kesuburan


5. Vitamin E & Selenium
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

7. Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Cara pemakanan supplements
Untuk Suami
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc - 1 biji setiap hari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc - 1 biji sehari.

Untuk Isteri
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc - 1 biji setiap hari, dan,
Alfalfa - 3-5 biji sehari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc - 1 biji sehari, dan,
Alfalfa - 3-5 biji sehari.

Jika anda atau rakan-rakan anda menghadapi masalah kesuburan ini, saya amatlah berharap agar ilmu ini dapat di manfaat dan di kongsikan bersama-sama. 

Kita hanya mampu merancang dan berusaha, yang selebihnya hanya di ketahui oleh Maha Pencipta. Dia yang menentukan segala-galanya. Kita sebagai hambanya harus berusaha, berdoa dan bertawakkal, kerana dia Maha Mendengar dan Maha penyayang.

Semoga info yang saya berikan ini bermanfaat untuk mereka yang tengah berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata. Dan jika ada yang berminat untuk dapatkan vitamin-vitamin tersebut dengan saya. Boleh hubungi saya, Insyaallah harga istimewa akan diberikan. Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Allah S.W.T yang menentukan . Insyaallah...

PERINGATAN:
Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Norhana Sahidin
♥ sms/whatsApp:  012 - 2738568
♥ Fb: www.facebook.com/Shaklee sila klik LIKE utk info terkini

Friday, March 14, 2014

Mighty Triple Gem


MIGHTY TRIPLE GEM 
untuk yang BERPUASA



Gabungan hebat untuk dijadikan menu bersahur. Saya pasti ramai yg sedang mengerjakan puasa sunat Rejab, Syaaban dan seterusnya sebagai latihan berpuasa di bulan Ramadhan. Amat sesuai untuk diambil oleh semua golongan termasuklah golongan ibu menyusu yang mahu berpuasa tanpa menjejaskan pengeluaran susu ibu, ibu yang sedang mengandung tanpa rasa risau berpuasa boleh menjejaskan tumbesaran janin, wanita dan lelaki yang mempunyai gastrik dan golongan warga tua yang dh kurang selera nk bersahur dengan menu yang berat.
Mighty Triple Gem membantu anda kekal cergas dan bertenaga walaupun sedang berpuasa.



Energizing Soy Protein
*****************

‣ Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
 Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang       membesar,
 Membekalkan tenaga,
 Memberikan rasa kenyang
 Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
 Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
 Membanyakkan susu badan (milkbooster)
 Membantu mengekalkan kepejalan otot
 Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
 mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Mealshakes
*********

☻ Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana        penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
 Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang          tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka            yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
 Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral            penting yang diperlukan oleh tubuh.
 Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
 Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
 Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan          susu, atau minuman kegemaran.

Performance Drink
****************

 Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
 Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
 Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
 Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta.               Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan         gula dalam darah.
 Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah    susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
 membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum diwaktu berpuasa.



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Norhana Sahidin
♥ sms/whatsApp:  012 - 2738568
♥ Fb: www.facebook.com/Shaklee sila klik LIKE utk info terkini

Susu Ibu


Apakah Kebaikan Susu Ibu? 

Assalamualaikum....

Saya ingin berkongsi kenapa saya mengamalkan susu ibu untuk bayi saya...



Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi. 


Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang. 

Penyusuan bayi juga baik untuk ibu 
Menyusu bayi juga baik untuk ibu. Antaranya ia akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut: 

Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa. 

Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi. 

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud: 

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” 

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan” 

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam: 


1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 

4. InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk. 

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak. 

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah. 

wallahualam 

Thursday, March 13, 2014

VITAMIN IBU MENGANDUNG

VITAMIN YANG PENTING DAN VITAMIN YANG TIDAK BOLEH DIAMBIL.


Salah satu saat terindah dalam hidup wanita adalah ketika sedang mengandung. Tak kiralah sedang mengandung anak pertama atau yg seterusnya. Memang setiap saat adalah memori yang paling manis untuk dikenang.

Dan satu perkara yang sinonim dengan waktu mengandung adalah pengambilan vitamin bagi membantu tubuh ibu bersedia utk pembesaran bayi didalam kandungan. Dalam pada ibu begitu berhati-hati tentang food intake nya, si ibu patut juga mengambil tahu tentang vitamin apa yg BOLEH dan TAK BOLEH diambil ketika sedang mengandung.


Gambar Hiasan


Memang vitamin hakikatnya adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dari diet pemakanan harian. Namun bagi ibu mengandung hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.

Vitamin yang perlu
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.

Fungsi Vitamin 
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :

Protien (ESP) : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

Multivitamin dengan zat besi (Vitalea) : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium (Ostematrix) : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega Guard : membantu pembentukan sel otak.





Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranyaVitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Norhana Sahidin
♥ sms/whatsApp:  012 - 2738568
♥ Fb: www.facebook.com/Shaklee sila klik LIKE utk info terkini